Resepi Terung Bakar Berlado Desik


Terung Bakar Berlado Desik

Assalamua'laikum semua.. Eira doakan semua pembaca sentiasa sihat dalam rahmatNya.

Musim2 pkp ni, dapurlah antara tempat yg menjadi sasaran utama buat seisi keluarga.. X smpai satu jam, pasti akan ulang alik masuk dapur.. Jadi, dah menjadi rutin utama suri rumah sepenuh masa @ isteri untuk 'brainstorm idea' menyediakan juadah setiap hari hingga dah kering idea n dduk ulang menu yang sama.. 

Jadi, untuk 'posting' kali pertama dalam blog ni, Eira nk kongsikan menu mudah yang pastinya sedap n sihat. Sebelum tu,  Eira nak ingatkan semua penting untuk kita kekalkan makan secara sihat di musim covid 19 ni bagi mengelakkan kita semua dapat penyakit2 lain yg mengundang bahaya disebabkan pemakanan yg x seimbang n sihat. Ingat, beringat sebelum kena!!!

Jadi untuk resepi terung bakar berlado desik ni, step by step Eira kongsikan di bawah ni. Teruskan scroll ya:) 

Bahan-bahan yg diperlukan👇

- Terung (4 - 5 biji, dipotong dua saiz kecil dan memanjang)

- Bawang merah ( 2 biji)

- Cili padi merah dan hijau (7 - 10 biji) * kalau tak tahan pedas boleh kurang ya

- Ikan bilis (10 - 15 ekor)

- Air asam jawa (sedikit)

-  Gula (2 sudu makan)

- Garam/Secukup rasa ( 1 - 2 sudu kecil)

- Minyak (sedikit untuk menumis sambal berlado)


Cara-cara:

1. Bakar terung yang telah dipotong & dibersihkan di atas 'pan' @ pemanggang selama 1 minit, terung agak2 kecut dan angkat. (Gambar seperti di bawah ni)



2. Tumbuk cili, bawang merah dan ikan bilis hingga lumat.


3. Panaskan kuali dengan minyak sedikit dan tumis bahan yang telah ditumbuk. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa sedikit dan perasakan dengan gula dan garam/secukup rasa.


4. Last sekali, gaulkan terung bersama sambal yang siap ditumis. Untuk rasa masam2, Eira taburkan dengan mangga. Siap untuk dihidang bersama nasi panas2. Pergghh, memang paduuu.



Setakat itu dulu la resepi yan Eira dapat kongsikan untuk 'first posting' di blog Eira. Untuk resepi seterusnya, tungguuu. InshaaAllah, resepi seterusnya Eira akan kongsikan menu 'PoTau Bergedil Desik' stail Eira.

Daaaa semua. Stay safe, stay healthy!!!

Comments